Monday 31 October 2011

Hari Raya Korban dh dekat!!!

Assalamua'laikum..
hmm apa khabar semua sihat?? hopefully semua sihat dan sentiasa berada dalam rahmat Allah INSYAALLAH..
OK puas aku mencari nak letak entri apa ye?? tiba-tiba dapat ilham from 'my friend' so entri aku kali mengenai 'HARI RAYA KORBAN'
alang-alang tu nk ucap Salam Aidil Adha :)

Hari Raya Haji akan menjelang tiba!! apa persedian korang??
baju jubah dh siap?? berapa ekor lembu sembelih tahun ini??
oppsss bukan itu aku nak tya korang sebenarnya..
Hal yang sebenar adalah aku nak sahabat-sahabat kalian faham apa itu 'HARI RAYA KORBAN'
Haaa?? tak tahu ka?? apa nak jadi ni, sejarah penting ttg artis korang hafal tapi sejarah islam korang tak hafal!! istighfar cepat!!! Astaghfirullahal a'zim...
hmm mari kita ambil tahu tentang sejarah islam 'kate umat islam' :)
'HARI RAYA KORBAN' disambut oleh umat islam setiap tahun pada 10 zulhijjah
selalunya kalau korban orang selalu buat 10 zulhijjah sampai 'hari tasyrik' nak tahu 'hari tasyrik' tu ape?? hari tasyrik ialah (10,11,12 dan 13 zulhijjah).

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian *bagi kaum lelaki je*. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat  akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri. *korang semua solat raya tak* aiyoo rugi tak solat!! (setahun sekali ja)
Salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. So pada waktu ni la org yg 'berkemampuan' membuat ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersolat,upacara 'korban' pon bermula. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. *orang tak mampu bagi lebih sikit ye*

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan. (kisah Nabi Ibrahim yang menyembelih anaknya Nabi Ismail untuk dijadikan korban lalu Allah jadikan Nabi Ismail sebagai 'kibas' )

Selepas selesai bersolat dan korban.. umat islam akan menziarahi kubur atau pusara yang tercinta dan selepas menziarahi kubur yang disayangi.. umat islam akan menjamah pelbagai juadah dan ziarah-menziarahi sesama umat islam *ziarah-menziarahi amat dituntut dalam islam* kerana dapat merapatkan silaturrahim :)

-dda-

No comments:

Post a Comment