Saturday 17 December 2011

Ular warna HITAM yang memeranjatkan!!

Assalamua'laikum.. Peace be upon u ;)
huh!! entry kali nie mmg seram bulu roma aku nak menulis.. ahhh ini kisah tentang ular yang aku jumpa..

kejadian nie bermula di dalam sebuah bilik air.. 
actually, ular yg aku jumpa warna hitam dan kelabu..

menurut mama (ibu) aku ular tu memang berbisa la mujurlah aku selamat.. ini semua ada hikmahnya
Alhamdulillah aku bersyukur pada Allah kerana sampai sekarang aku masih bernafas :)
Ular yang aku jumpa itu sebenarnya memang aku tak perasan langsung yang itu adalah ular, aku sangkakan yang aku jumpa itu tali biasa atau tali pinggang.. aku hampir-hampir nak menyentuh tali (ular) itu tetapi dengan izin Allah tali (ular) itu bergerak dan itu amat memeranjatkan aku.

Setelah aku menyedari yang tali itu adalah ular aku terus terkejut bukan terkentut hehe..
Lantas aku memberitahu mama aku dan adik-adik aku
tapi pada keesokan harinya ular itu sudah tiada..yang menghairankan aku ialah kenapa ular itu sudah tiada?? kemana perginya ular itu?? dan kenapa hanya aku dan adik perempuan aku sahaja yang dapat melihat ular itu??
semua soalan ini bermain di fikiran aku tetapi satu soalan telah terjawab..
kenapa ular itu tidak mematuk aku??  mama memberitahu mungkin Allah melindungiku kerana niatku mengambil wuduk untuk menunaikan solat 'isyak.. 
jadi keajaiban itu memang wujud dan Allah itu sentiasa ada untuk siapa yang mengabdikan dirinya untuk Allah (nasihat aku jangan tinggalkan solat dan amalan membaca ayat kursi) kerana ia menjadi pelindung bagi diri kita.. percayalah Allah tidak pernah tidur.. :)
dan satu soalan lagi yang bermain difikiran aku ialah apakah jenis ular itu dan kenapa ia masuk ke dalam bilik air rumahku?? 

Monday 31 October 2011

Hari Raya Korban dh dekat!!!

Assalamua'laikum..
hmm apa khabar semua sihat?? hopefully semua sihat dan sentiasa berada dalam rahmat Allah INSYAALLAH..
OK puas aku mencari nak letak entri apa ye?? tiba-tiba dapat ilham from 'my friend' so entri aku kali mengenai 'HARI RAYA KORBAN'
alang-alang tu nk ucap Salam Aidil Adha :)

Hari Raya Haji akan menjelang tiba!! apa persedian korang??
baju jubah dh siap?? berapa ekor lembu sembelih tahun ini??
oppsss bukan itu aku nak tya korang sebenarnya..
Hal yang sebenar adalah aku nak sahabat-sahabat kalian faham apa itu 'HARI RAYA KORBAN'
Haaa?? tak tahu ka?? apa nak jadi ni, sejarah penting ttg artis korang hafal tapi sejarah islam korang tak hafal!! istighfar cepat!!! Astaghfirullahal a'zim...
hmm mari kita ambil tahu tentang sejarah islam 'kate umat islam' :)
'HARI RAYA KORBAN' disambut oleh umat islam setiap tahun pada 10 zulhijjah
selalunya kalau korban orang selalu buat 10 zulhijjah sampai 'hari tasyrik' nak tahu 'hari tasyrik' tu ape?? hari tasyrik ialah (10,11,12 dan 13 zulhijjah).

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian *bagi kaum lelaki je*. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat  akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri. *korang semua solat raya tak* aiyoo rugi tak solat!! (setahun sekali ja)
Salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. So pada waktu ni la org yg 'berkemampuan' membuat ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersolat,upacara 'korban' pon bermula. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. *orang tak mampu bagi lebih sikit ye*

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan. (kisah Nabi Ibrahim yang menyembelih anaknya Nabi Ismail untuk dijadikan korban lalu Allah jadikan Nabi Ismail sebagai 'kibas' )

Selepas selesai bersolat dan korban.. umat islam akan menziarahi kubur atau pusara yang tercinta dan selepas menziarahi kubur yang disayangi.. umat islam akan menjamah pelbagai juadah dan ziarah-menziarahi sesama umat islam *ziarah-menziarahi amat dituntut dalam islam* kerana dapat merapatkan silaturrahim :)

-dda-

kenapa aku suka warna biru???

Assalamua'laikum..
hello u allz ^___^
post kali ini tentang kenapa aku suka warna biru..
hmm mesti korg nak tahu kenapa kan?? hehe..

1.Sebab sejak kecil aku memakai pakaian warna 'BIRU' (pelikkan) orang YANG BARU dilahirkan memakai baju warna putih tapi  aku celik mata kat bumi ini terus dapat pakai baju biru heheh..

2.Aku suka warna biru sejak kecil lagi.

3.Semua barang2 peribadi aku warna biru dari alat tulis sampailah barang perhiasan diri haha

4.Aku suka warna yang memberikan ketenangan mcm warna biru la

5.Aku tak kisah warna biru tu gelap ke cerah ke cair ke pekat ke.. asalkan biru aku 'ok je'

6.So lpas ini sesiapa nak berkenalan dengan aku 'make sure' suka warna biru k :P

ini aku ade nak share beberapa keping gambar WARNA BIRU 'of course lerr' :D

ALLAHU AKBAR!! cantiknye..
           i love it so much!! :)
        keindahan ciptaan ALLAH S.W.T
 logo abstrak berwarna BIRU     
       blue light wallpaper!!               

first time b'bloging...


Assalamua'laikum w.b.t
Helloo.. buat apa tu?? hehe.. rasa kekok plak menulis dalam blog ini..
selalunya 'chatting' dengan 'tweeting' ja..
apa pon salam ukhwah 'ukhwah fillah'
happy to meet u all!!! :)
keep smile everyone! :D
-dda-