Thursday 20 March 2014

Erti KASIH bagi diriKU

Setiap kali hati ini terdetik dan berbisik lagu rindu kepadamu.. (BISIKAN SYAITAN) Aku padamkan namamu dari fikiranku.. mula memikirkan hal-hal yang lebih penting dalam hidupku.
Apabila hati ini mula menyebut namamu aku bisukan ia dengan alunan surat cinta dari yang Maha Pencipta.. sungguh hati ini tidak mahu lalai walau seketika penat lelah tidak terkira ingin menghapuskan dikau dari ingatan. Walaupun diantara kita tidak pernah tercipta kenangan INDAH tapi entah mengapa, melihat senyumanmu dan ketawamu mampu melapangkan DADAKU.
(adat la tengok orang yang sejuk “mata memandang” hati pun jadi lapang hehe awwww..)
Mungkin ini yang mereka gelar CINTA, RINDU, SAYANG, KASIH tapi tidak bagi diriku kerana aku diajar UNTUK MENCINTAI ORANG YANG MENCINTAI AKU, mencintai KHALIQ penciptaku, mencintai KEDUA IBU BAPAKU, mencintai TANAH TUMPAH DARAHKU, mencintai AGAMA yang aku berpegang padanya seratus peratus akidahku, mencintai SAHABAT yang sedia ada disampingku.
Aku BELAJAR DAN DIAJAR untuk merindukan orang yang HALAL disisiku, merindui Tuhan yang Esa Allah yang Maha Berkuasa, Maha Pengasih lagi MAHA PENYAYANG, diajar untuk menrindui orang yang merindukan jalan syahid-MU ya Rabbi, merindui kawan yang saban malam bersama aku berjihad menuntut ILMU, merindui akan kemanisan IMAN, merindui melihat ISLAM tertegak sepenuhnya di atas muka bumi.
SAYANG?? Tidak bererti langsung pada diriku.. sayang tak pernah membawa maksud yang besar dalam hidupku!
Setiap makhluk di atas muka bumi ini dikurniakan dengan perasaan SAYANG, sedangkan binatang juga mempunyai perasaan ini, jadi memang PERASAAN SAYANG tidak pernah membawa erti dalam hidupku
KASIH padaku mempunyai erti yang sangat mendalam, sukar untuk aku nafikan, jika kita cinta pada seseorang mungkin kita sanggup menderita asalkan dia bahagia, walhal jika dia lebih menderita jika tidak bersama kita kenapa kita harus tinggal dia?? Pening bukan!! Jadi bagi aku KASIH adalah satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata..  PENCIPTA kita mempunyai kasih yang meluas dan mengasihi hamba-hambanya jadi jika ditakdirkan aku mempunyai seorang yang aku CINTA, RINDU, SAYANG aku masih boleh melepaskannya tapi sekiranya aku mempunyai keKASIH aku jamin aku akan mengasihinya lebih dari orang yang aku CINTA, RINDU DAN SAYANG dan taat padanya tidak kurang dan tidak lebih seperti mana aku mengasihi Allah dan Pesuruh Allah yang aku letakkan ianya di sudut hati aku yang paling tinggi. KASIH wujud bilamana manusia berkasih-kasihan (loving) KASIH juga wujud timbul dengan perasan Belas KASIHan.
JADI nyatalah di sini KASIH adalah melebihi dari segalanya.
Bukan dengan seseorang yang kita CINTA, RINDU ATAU SAYANG tapi ia wujud kerana KASIH yang melimpah ruah yang diberikan untuk kita.
Saling KASIH-mengasihi sesama  insan tak salah asalkan ia berada di landasan yang betul dan tidak tersasar dari radar yang salah. Biarlah kasih yang kita cari kasih yang suci, tanpa noda, paling penting LIMITED EDITION untuk YANG HALAL.
Akhir kata, kalam ini hanyalah untuk luahan hati agar dapat mencintai, merindui, menyayangi yang maha menyayangi lebih lagi dari hanya insan biasa yang dicintai tapi cinta itu tidak membawa kemana selagi mana ia TIDAK HALAL, TIDAK RESTU DARIPADA AYAH BONDA, TIDAK SAMPAI KE SYURGA.
PERINGATAN buat diri sendiri UNTUK kejar cita-cita sebelum kejar CINTA
Ayat tu dah biasa kita dengar!
Ayat baru la plak kan?
KEJAR keKASIH yang DI AKHIRATI sebelum KEJAR keKasih yang DI DUNIAWI!!
ILAL LIQO’ مع السلامة  TATA! ADIOS! GOOD BYE!