Thursday 20 November 2014

"ulang" tiada dalam kamus hidupku

Assalamua'laikum.. hello warga bloggers semua.. *eceh bajet macam followers beribu wakaka*

Setelah FINAL DAY BECOMES DOOM DAY

aku mengambil masa hampir 5 hari untuk pulih dari fobia "kegagalan"
sungguh berat dugaan aku kali ini kerna banyak sudah yang aku korbankan dari segi masa, wang tenaga ayah aku + aku, dari segi kelas pelajaran yg terpaksa aku ponteng untuk cover masa belajar memandu aku

tapi diakhirnya aku dikecewakan dengan sebuah kegagalan yang sangat sadis kerana aku mendapat markah lulus tapi aku TERKANDAS hanya kerana WUJUD 1 MANDATORI dalam markah aku ARGHHHHHHHH stress tidak terkata, berbaldi sudah air mata ini dibazirkan untuk mengenang penyesalan yang bertimpa-timpa, entah di mana silapnya, entah di mana kesilapanku, entah di mana aku melakukan kesilapan, YANG PASTINYA AKU TIDAK BERPUAS HATI!! lama sudah diri ini bersabar untuk harga sebuah LESEN MEMANDU, tapi takdir ALLAH tiada siapa yang duga.

aku banyak bermuhasabah diri disaat aku temui jalan buntu, kawan aku aka SIFU aka BFF setia disampingku, memberi semangat, hatta keluarga aku sendiri memperlekehkan aku, tidak seperti DIA!
YOU KNOW WHO YOU ARE.

DIA aka kak mai TAK PUTUS-PUTUS MEMBERI SEMANGAT, memujuk aku dan tak lupa juga pada MAMA aku yang sedia menjaga makan pakai aku, walaupun waktu tu aku mental breakdown sangat, maafkan kakak telah meninggikan suara pada mama. :(

DIANTARA KATA semangat yang sangat terkesan untuk aku ialah "para sahabat nabi menangis andai tidak diuji oleh Allah kerana mereka mengatakan yg Allah hanya menguji hambanya yg Dia sayang" sungguh aku betul-betul terpujuk hatiku separuh mendengar nasihat ini.

mama AKU pula pujuk menggunakan ayat "dengan mengingatiKU hati akan tenang" *ku = Allah*
Takdir itu sudah tertulis,usaha bagaimana pun diakhirnya hanya perlu bertawakal, mungkin ada himah di sebalik semua yang berlaku.
ALLAH ALLAH ALLAH bercucuran air mata penyesalan kerana hampir-hampir tidak mempercayai takdir, Alhamdulillah di saat pegangan aku goyah, masih ada hamba Allah yang sudi memberi kata hikmah dan nasihat, sedangkan ada di antara keluarga aku sendiri yang memperlekehkan aku dan membesarkan diri dengan kejayaan dia berjaya passed LESEN tanpa sangkut, alangkah tercabarnya rasa hati.

Aku BUKANLAH TIPIKAL gadis yang mudah mengeluarkan AIR MATA melainkan sesuatu itu aku tak mampu tanggung sangat-sangat kesakitannya, kerana bagi aku menangis tanda lemah, JADI AKU SESEKALI takkan menangis melainkan benda itu sangat besar dan memberikan effect dalam diri aku.

puas diri ini bermuhasabah?? tapi belum ketemu hikmah yang sebenarnya. Apa yang aku dapat dengan baca Al-quran, hati aku MERASA tenang, terasa diri kembali dipandu ke jalan Allah, walaupun hampir tersasar dan menyalahkan takdir! Allah ampunkan aku :'(

sedang mancari gali lagi hikmah dan keberkatan di bumi Allah, semoga kali ini aku berjaya tanpa TERKANDAS lagi, ku pohon harap padaMU kerna segala yang berlaku adalah dalam pengetahuanMU DAN engkau MAHA MENGETAHUI atas apa yang terjadi, bakal terjadi,

PENGHARAPAN AKU SANGAT TINGGI PADA ALLAH AZZA WA JALLA

so geng keep me in your dua's please
I really hope this time i will get my licence without any problem anymore
I'm tired

of this, really tired

o Allah make my wish/pray comes true
o Allah grant my wih/pray please

Aaaminnnn...

I WANNA TO MAKE MY FAMILY HAPPY ESPECIALLY BABA AND MAMA
MY HAPPINESS IS MY FAMILY!!!

Sunday 20 April 2014

lupakan DIA

kenapa kau tak pernah tahu rasa hatiku??
kenapa aku harus jatuh hati pada orang seperti kau?
kenapa???
KENAPA KAU?



Ya Allah jika dengan mengingati dia aku menjadi lalai pada-MU
lupakanlah aku dan buanglah dia dari fikiran aku sesungguhnya aku tak nak memikirkan tentang orang yang bukan hak aku.
i dun want to remember him anymore! I NEED TO FIND SOMEONE WHO'S SUITABLE WITH ME
BUT I KNOW YOUR PLAN IS THE GREATEST PLAN OH YA ALLAH.

Hati aku cuma satu dan hanya layak diberikan pada orang yang ikhlas mencintaiku kerana Allah, tapi dalam masa yang sama aku telah terberi HATIku pada orang yang salah dan orang itu tidak menyedari pun

Dalam diam dia telah menjadi 'thief' He has stolen my HEART the only and one
aku tak sanggup memikirkan akibatnya
aku hanya mampu berdoa aku mampu melupakan dia

kerana apa yang penting sekarang ialah membahagiakan hati kedua ibu bapa ku
itu matlamat aku sekarang! MEMBALAS JASA KEDUA IBU BAPA ku

shhHHH!! it's secret please don't tell anyone!

Thursday 20 March 2014

Erti KASIH bagi diriKU

Setiap kali hati ini terdetik dan berbisik lagu rindu kepadamu.. (BISIKAN SYAITAN) Aku padamkan namamu dari fikiranku.. mula memikirkan hal-hal yang lebih penting dalam hidupku.
Apabila hati ini mula menyebut namamu aku bisukan ia dengan alunan surat cinta dari yang Maha Pencipta.. sungguh hati ini tidak mahu lalai walau seketika penat lelah tidak terkira ingin menghapuskan dikau dari ingatan. Walaupun diantara kita tidak pernah tercipta kenangan INDAH tapi entah mengapa, melihat senyumanmu dan ketawamu mampu melapangkan DADAKU.
(adat la tengok orang yang sejuk “mata memandang” hati pun jadi lapang hehe awwww..)
Mungkin ini yang mereka gelar CINTA, RINDU, SAYANG, KASIH tapi tidak bagi diriku kerana aku diajar UNTUK MENCINTAI ORANG YANG MENCINTAI AKU, mencintai KHALIQ penciptaku, mencintai KEDUA IBU BAPAKU, mencintai TANAH TUMPAH DARAHKU, mencintai AGAMA yang aku berpegang padanya seratus peratus akidahku, mencintai SAHABAT yang sedia ada disampingku.
Aku BELAJAR DAN DIAJAR untuk merindukan orang yang HALAL disisiku, merindui Tuhan yang Esa Allah yang Maha Berkuasa, Maha Pengasih lagi MAHA PENYAYANG, diajar untuk menrindui orang yang merindukan jalan syahid-MU ya Rabbi, merindui kawan yang saban malam bersama aku berjihad menuntut ILMU, merindui akan kemanisan IMAN, merindui melihat ISLAM tertegak sepenuhnya di atas muka bumi.
SAYANG?? Tidak bererti langsung pada diriku.. sayang tak pernah membawa maksud yang besar dalam hidupku!
Setiap makhluk di atas muka bumi ini dikurniakan dengan perasaan SAYANG, sedangkan binatang juga mempunyai perasaan ini, jadi memang PERASAAN SAYANG tidak pernah membawa erti dalam hidupku
KASIH padaku mempunyai erti yang sangat mendalam, sukar untuk aku nafikan, jika kita cinta pada seseorang mungkin kita sanggup menderita asalkan dia bahagia, walhal jika dia lebih menderita jika tidak bersama kita kenapa kita harus tinggal dia?? Pening bukan!! Jadi bagi aku KASIH adalah satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata..  PENCIPTA kita mempunyai kasih yang meluas dan mengasihi hamba-hambanya jadi jika ditakdirkan aku mempunyai seorang yang aku CINTA, RINDU, SAYANG aku masih boleh melepaskannya tapi sekiranya aku mempunyai keKASIH aku jamin aku akan mengasihinya lebih dari orang yang aku CINTA, RINDU DAN SAYANG dan taat padanya tidak kurang dan tidak lebih seperti mana aku mengasihi Allah dan Pesuruh Allah yang aku letakkan ianya di sudut hati aku yang paling tinggi. KASIH wujud bilamana manusia berkasih-kasihan (loving) KASIH juga wujud timbul dengan perasan Belas KASIHan.
JADI nyatalah di sini KASIH adalah melebihi dari segalanya.
Bukan dengan seseorang yang kita CINTA, RINDU ATAU SAYANG tapi ia wujud kerana KASIH yang melimpah ruah yang diberikan untuk kita.
Saling KASIH-mengasihi sesama  insan tak salah asalkan ia berada di landasan yang betul dan tidak tersasar dari radar yang salah. Biarlah kasih yang kita cari kasih yang suci, tanpa noda, paling penting LIMITED EDITION untuk YANG HALAL.
Akhir kata, kalam ini hanyalah untuk luahan hati agar dapat mencintai, merindui, menyayangi yang maha menyayangi lebih lagi dari hanya insan biasa yang dicintai tapi cinta itu tidak membawa kemana selagi mana ia TIDAK HALAL, TIDAK RESTU DARIPADA AYAH BONDA, TIDAK SAMPAI KE SYURGA.
PERINGATAN buat diri sendiri UNTUK kejar cita-cita sebelum kejar CINTA
Ayat tu dah biasa kita dengar!
Ayat baru la plak kan?
KEJAR keKASIH yang DI AKHIRATI sebelum KEJAR keKasih yang DI DUNIAWI!!
ILAL LIQO’ مع السلامة  TATA! ADIOS! GOOD BYE!