Saturday 17 December 2011

Ular warna HITAM yang memeranjatkan!!

Assalamua'laikum.. Peace be upon u ;)
huh!! entry kali nie mmg seram bulu roma aku nak menulis.. ahhh ini kisah tentang ular yang aku jumpa..

kejadian nie bermula di dalam sebuah bilik air.. 
actually, ular yg aku jumpa warna hitam dan kelabu..

menurut mama (ibu) aku ular tu memang berbisa la mujurlah aku selamat.. ini semua ada hikmahnya
Alhamdulillah aku bersyukur pada Allah kerana sampai sekarang aku masih bernafas :)
Ular yang aku jumpa itu sebenarnya memang aku tak perasan langsung yang itu adalah ular, aku sangkakan yang aku jumpa itu tali biasa atau tali pinggang.. aku hampir-hampir nak menyentuh tali (ular) itu tetapi dengan izin Allah tali (ular) itu bergerak dan itu amat memeranjatkan aku.

Setelah aku menyedari yang tali itu adalah ular aku terus terkejut bukan terkentut hehe..
Lantas aku memberitahu mama aku dan adik-adik aku
tapi pada keesokan harinya ular itu sudah tiada..yang menghairankan aku ialah kenapa ular itu sudah tiada?? kemana perginya ular itu?? dan kenapa hanya aku dan adik perempuan aku sahaja yang dapat melihat ular itu??
semua soalan ini bermain di fikiran aku tetapi satu soalan telah terjawab..
kenapa ular itu tidak mematuk aku??  mama memberitahu mungkin Allah melindungiku kerana niatku mengambil wuduk untuk menunaikan solat 'isyak.. 
jadi keajaiban itu memang wujud dan Allah itu sentiasa ada untuk siapa yang mengabdikan dirinya untuk Allah (nasihat aku jangan tinggalkan solat dan amalan membaca ayat kursi) kerana ia menjadi pelindung bagi diri kita.. percayalah Allah tidak pernah tidur.. :)
dan satu soalan lagi yang bermain difikiran aku ialah apakah jenis ular itu dan kenapa ia masuk ke dalam bilik air rumahku??